"Selamat Hari Ibu,Mama"

"SELAMAT HARI IBU KEPADA PUAN TUN SALIHA."

Seperti diketahui umum.
Hari ini merupakan Hari Ibu dan anda semua patut meraikannya walaupun tidak lagi boleh menatap wajah ibu anda..
dan jikalau anda terpaksa melihat wajah ibu anda mengunakan perantaraan seperti webcam/gambar/video..ingatlah..anda masih lagi mempunyai ibu..dunia dan akhirat..

biarlah ibu anda tidak lagi berada di dunia yang fana ini..
biarlah ibu anda berada di kampung halaman..
biarlah ibu anda terlantar sakit ketika ini..

tapi bila anda menghadiahkan sesuatu kepadanya..
maka anda akan mendapat pahala kerana mengembirakan hatinya..
tidakkah anda ingin melihat ibu anda gembira tidak kira di mana ibu anda berada..??

kepada anak yang telah kehilangan ibu..
pergi lah lawat kuburnya..
tidak kira pada hari apa..
hari ibu mahupun hari raya aidilfitri
dan apabila anda sedekahkan doa kepadanya..
ingatlah tuhan yang esa akan memberi ganjaran pahala kepada kedua dua pihak..
anda dan ibu anda..

kepada anak yang jauh dari ibunya.
cubalah membuat panggilan kepadanya..
dan ucapkanlah kata yang dapat mengembirakan hati setiap ibu..
tidak salah jikalau anda balik ke kampung untuk melawatnya..
malah benda ini akan meyebabkan ibu anda terasa bahawa..
dirinya amat berharga..

kepada anak yang dekat dengan ibunya..
tidak salah anda berhabis wang ringgit untuk membeli hadiah kepadanya..
walaupun kewangan anda tidak menentu..
tetapi bila anda melihat ibu anda gembira apabila melihat hadiah itu..
maka hati anda akan terasa ringan..
dan ketika itu..
anda akan mengalami kepuasan kerana berjaya..
mengembirakan hati ibu anda..

"Setiap hari ialah HARI IBU..dan HARI IBU itu bergantung kepada keluarganya..keluarganya gembira pada hari itu..maka SI IBU juga akan gembira..."
__________

Jasa IBU sangat besar..
dan IBU sanggup berkorban untuk kita..
seperti yang berlaku di china..
ketika gempa bumi..


bertapa hebatnya pengorbanan seorang ibu..

SELAMAT HARI IBU...

Kepayahan aku untuk memujuk ketua kementot yang degil giler..





dear my pren(kesatria dot dot dot)
hari itu sewaktu aku sedang sibuk merehatkan diri di halaman kampung aku yang boleh dikatakan dalam kawasan pemerintahan atok nujum poyo giler kuasa 2 tuh tertiba si atok tuh hantarkan arahan supaya pergi pujuk ketua team kerdil kementot jangan berpiket lagi pasal kenaikan cukai pintu dan tingkap..kalau sorang boleh arr lagi..nih sampai tujuh..telan asap keluar api aku dibuatnya..mentang mentang arr aku nih kesatria gagah berani lagi tak takot nak gagal (exam) maka aku pon bergerak arr jumpa sama itu ketua team kerdil kemetot yang tinggal jauh kat pendalaman rimba bantut..






selepas aku mengharungi perjalanan yang boleh dikatakan agak poyos..aku pon terjumpa arr puak kerdil kemetot yang sedang berpiket..rupa-rupa mereka tengah wat tunjuk perasaan kat dalam rimba di pinggir daerah rimba bantut..aku pon tanpa banyak pe'el trus jumpa ketua mereka..setau aku puak kerdil kemetot nih gilerkan emas..jadik aku kene arr sediakan emas sendiri..atok nujum boleh jer buat derk taknak kasik barang barang yang diperlukan..aiiyaa..orang tua ini memang dah puas idup ker..??


first aku jumpa ketua puak kerdil kemetot yang paling muda sekali..yang muda nih rasanya dalam lingkungan umur moyang aku kot..dalam 100-102 tahun..yang nih mudah jer aku settlekan..aku hanya gunakan emas dan slogan "yang tua dihormati yang muda disayangi" terus dia sayang sama aku sebab aku dah belanja dia emas dan bila aku mintak dia supaya balik ke pangkuan katil dia yang kat rumah tuh..terus dia ajak puak dia balik..dah tinggal lagi 6 puak..tapi yang 6 puak nih aku kene pujuk dalam tempoh 23 minit lagi..sebab apa..??


sebab tenaga aku dah abis untuk pujuk puak kerdil kemetot yang pertama tadi dan mereka buat tunjuk perasaan di tempat yang berbeza..rupa-rupanya mereka membuat tunjuk perasaan di berlainan tempat..kiranya ada tujuh tempat arr(atok nujum memang nak kene nih..!!tak inform awal awal mereka wat tunjuk perasaan di TUJUH tempat)..penat woo nak gerak masuk ke dalam puak kerdil kemetot yang ke dua nih..sebab apa..?sebab puak ini adalah puak kerdil kemetot adalah khas untuk female only..diulangi.."FEMALE ONLY"..dah arr aku dalam kepenatan menuggang kuda sampai berkematu punggung aku dibuatnya..bila sampai jer trus kene baling ngan anak batu..bile aku keluarkan aku punya pedang..baru berenti baling anak batu..pastu aku jumpa ketua puak kerdil kemetot yang khas untuk female tuh..memula dia keras kepala tak berenti tunjuk perasaan pas aku ugut yang aku akan bawak larik semua puaknya untuk dikahwinkan sama atok nujum..baru dia blah..tapi sebelum dia blah..dia mintak banyak gila emas..banyak gak arr emas aku membazir..duit aku tak abih abih mengalir macam sungai congo untuk beli duit emas..ngan air mata aku sekali meleleh dari kolam takungan..ToT


sekarang nih aku stuck kat bahagian nak pujuk ketua kerdil kemetot yang ketiga..tapi tak lepas lepas lagi..ketua puak kerdil kemetot yang ketiga nih rupanya bisu,pekak,buta..extra kudung..lagi payah untuk aku berkomunikasi sama ketua puak nih..pas aku selidik..rupanya dulu dia pergi berperang tapi kene tangkap ngan gorgon mengacau dan gorgon telah membutakan dia..mempekakkan dia..membisukan dia dan mengkudungkan dia..jadik..untuk berkomunikasi ngan dia..aku kene belajar bahasa isyarat yang dicipta khas oleh follower dia..iaitu dengan cara menulis huruf romaji kat dada dia satu persatu..terase gay sungguh sebab bermain jari di dada ketua puak kemetot nih..hohoho..auuwww.back to my kesusahan untuk sembang ngan ketua nih..sampai skang tak lepas..arrrhhh..tensennyaa aku..!!!!dah arr sampai skang(ketika surat ini ditulis) aku punya peratus berjaya stay jer..18 peratus dan tak naik naik..bertambah tambah tension..balik nanti aku nak rompak budak hingusan sampai aku tak larat nak rompak dah..






sekian sahaja pahit mahit plus pahit maung aku yang berada dalam hutan nih..


yang benar..
kesatria kesunyian plus mati akal..
_____________________________________________________________________


itulah surat yang saya dapat dari sahabat saya wahai atok nujum.
atuk nujum tak sedih ke apabila melihat kesusahan yang sahabat saya alami ini untuk melaksanakan perintah atok poyo walaupun agak susah dilaksanakan.?
jadi.
kasilah saya menang pertandingan itu supaya saya leh tolong dia dari segi duit.


p/s:entri sempena pertadingan yang dianjurkan oleh pencipta aplikasi kesatria poyos yang bertapak di facebook iaitu atuk nujum poyos.ada masalah.?


masuklah ke link berikut.


facebook Atok Nujum Poyo giler <<< paling dicadangkan
facebook kesatria poyos <<< tambahan
facebook empayar poyos <<< tambahan

malu bertanya di facebook.?

emailkan sahaja pertanyaan anda di alamat email berikut: peti surat atok.


malu lagi.?
bacalah pasal ini semua di blog atok nujum iaitu :blog empayar poyos


sekian.

aku kenal,aku cinta sama alam maya.!

haha.
bila kita teringat kembali zaman kita mengenali internet.
mesti ada pelbagai kenangan.
tak kisahlah kenangan pahit,payau,tawar ataupun manis.
takpa.
biar saya ceritakan bagaimana saya mengenali internet sampailah waktu ini.
hoho

tahun:2007
tempoh:sepanjang tahun

saya start mengenali dunia internet ini pada tahun 2007.
iaitu semasa saya berada di tingkatan satu.
waktu tuh saya berada di sekolah yang mengamalkan 2 sesi dalam satu hari.
jadi saya dalam sesi yang kedua.
iaitu persekolahan pada sesi petang.
untuk menghabiskan waktu pada waktu pagi.
saya selalunya akan 'menziarahi' rumah kawan yang bernama A(bukan nama sebenar) untuk siapkan kerja sekolah.
tapi tak buat pun.
ramai ramai datang ke rumah kawan yang digelar A untuk melihat laman web lucah.
adalah dekat 20 orang kumpul di rumah A.
dan pada tahun itu.
dapatlah encik A gelaran pemilik lubuk web lucah.
boleh dikatakan setiap hari kami lepak di rumah beliau untuk menonton video lucah
selepas itu semasa disekolah.
ceritalah pasal kami pernah tengok video lucah dekat budak perempuan
dengan harapan supaya budak perempuan dah tahu yang kami semua sudah dewasa.
bodoh gila bila difikirkan kembali.
malu...!!!
+.+"

tahun:2008
tempoh:bulan satu hingga bulan tiga

saya pindah sekolah pula ke SMKTHO di pulau pinang.
waktu inilah zaman internet bersama saya sangatlah gemilang.
kerana papa telahpun membuka akaun streamyx di rumah lama di pulau pinang.
habis saja segala benda yang perlu dipasangkan pada pc.
maka papa pun tunjukkan lah cara nak online.
berebut rebut kami adik beradik macam berebut harta pusaka.
bila dah dapat.
masing masing mati kutu tak tahu nak buat apa.
nak buka laman web lucah memang naya lah.
last last bukalah yahoo homepage.
habis buka yahoo homepage buka pula forex.
haha.
jangan ingat kerana pada waktu itu saya masih lagi mentah.
maka saya tidak pandai untuk membuka akaun forex papa dengan mama.
malah oranglah yang tukang tengok pegerakkan turun naik graf.
selepas mendapat sedikit keberanian.
barulah layan games flash yang ada di laman web.
senang cerita semua games kanak kanak riang punya arr..
T_T

tahun:2008
tempoh:bulan empat hingga sebelas
waktu ini saya dah mula mengenali jaringan sosial(baca:social networking).
jadi saya pun mulalah membuka akaun di jaringan sosial.
akaun pertama sekali yang saya buka ialah akaun di friendster.
dari situlah saya temui ramai kawan.
tapi kebanyakkannya berasal dari filipina.
jadi kami hanya kawan atas dasar yang tidak jelas.
iaitu dasar yang ingin melihat penambahan angka di jumlah kawan.
sungguh meyedihkan.

selepas itu saya mula mengenali pula myspace.
minat saya pada myspace hanya tahan beberapa bulan sahaja.
tiada pengalaman yang boleh diceritakan dengan myspace.
dan boleh dikatakan myspace seumpama rumah persinggahan yang terletak jauh di hutan.
faham maksud saya.?
hoho

yang paling lama jaringan sosial bertahta di hati saya tentulah mukabuku(baca:facebook).
facebook telah menjadi suatu fenomena di negara-negara besar.
dan di malaysia juga.
dan pernah suatu ketika dahulu wujud isu pasal halal-haram pengunaan facebook.
dan sekarang tup-tup senyap dah.
dan dengar cerita pengunaan facebook adalah harus dan boleh jatuh hukum haram.
dengar ceritalah...

tahun:2009
tempoh:sepanjang tahun
tahun ini sepatutnya orang berhenti rehat daripada pengunaan internet.
tapi.
dah terkena peyakit ketagihan internet.
maka hasrat untuk berhenti daripada pengunaan internet seratus peratus tidak tercapai.
tetapi.
semangat yang membara untuk melayari tidaklah sama seperti tahun pertama dapat melayari internet.
sama seperti pengalaman pertama mengunakan telefon genggam berjenama nokia 3310 dengam pengalaman pengunaan telefon genggam berjenama nokia N98.
walaupun jenama yang sama tetapi perasaan pengunaannya mesti berlainan.
tahun ini juga saya mencuba membuat blog.
dan satu benda yang agak memalukan kaum bloggers apabila saya hendak meletakkan gambar di dalam post tetapi saya tidak tahu dan akhirnya saya hanya copy image sahaja.
bila setakat copy image sahaja,sah-sah tiada image yang akan keluar.
dan kerana hal yang agak menjengkelkan itu.
saya terus tutup blog tersebut.
hoho

jadi itu sahajalah kenangan saya bersama internet.
nak cerita lebih lebih.
kang jadi entri menipu lak.
dan kesemua kisah diatas ini adalah kisah yang benar benar berlaku.
adoiyai.

p/s:saya dapat merasakan semangat menulis saya makin malap apabila tiba waktu yang sungguh sibuk.dengan exam nya,kerja rumah,kerja sekolah,kerja itu,kerja ini.senang cerita.selagi tak berdengkur.selagi itulah kejeee aja..T_T

p/s/s:ini merupakan kali pertama saya menulis entri dengan mengunakan bahasa baku yang boleh dikatakan mencecah 95 peratus.kenapa bukan 100 peratus.?itu saya tak dapat bagikan jawapan.cubalah berfikir sebelum otak anda mulai ditumbuhi peyakit otak berkarat..hehehe

kenapa saya sokong pirate..??



kenapa saya sokong dvd pirate.?
saya ada banyak sebab.
tetapi saya akan meletakkan 5 sebab sahaja.
kalau letak banyak banyak.
lagi banyaklah point point untuk pembeli tegar dvd untuk
menolak kehadiran dvd original..
hahahaha





sebab pertama dvd pirate ini sentiasa menjadi pilihan utama ialah
bayangkanlah harga dvd original ialah RM20-RM40..
harga dvd pirate punya..?
setakat RM10-RM18 jer..
see..
bagi yang berkemampuan untuk beli original bolehlah..
bagi yang tidak mahu keluarkan bajet lebih..
dvd pirate lah jawabnya..

sebab kedua ialah kualiti dvd pirate ini semakin lama semakin hampir dengan kualiti dvd original..
ya..
saya ada dvd pirate..
tapi kualiti hampir sama dengan dvd original..
cuba anda pergi beli dvd pirate yang berlambak lambak dekat pasaran..
selepas itu bandingkan dengan dvd original..
hampir serupa bukan..??
yang paling ketara tiadanya mungkin adalah sehelai poster.
takpun sehelai borang peraduan untuk menangi wang tunai sebanyak RM100 000..

sebab ketiga ialah dvd pirate ini lebih lasak daripada dvd original..
saya punya dvd original hanya boleh bertahan selama seminggu sahaja dan selepas itu
tersangkut-sangkut..
jikalau dvd pirate..
saya tidak simpan di dalam tempatnya pun tetap boleh
ditonton tanpa sangkut sangkut..
bertapa sakitnya hati apabila terpaksa menonton filem yang digemari
secara tersangkut sangkut...

sebab keempat ialah apabila dvd original ini kebanyakkannya terlampau lampau ditapis..
sampaikan ada yang dihalang penjualannya..
hoho..
ini akan membantutkan usaha rakyat malaysia yang ingin menghayati filem luar negara..
tapi yang malangnya..
dvd yang bertaraf sampah pula dijual..
jadi..
janganlah salahkan rakyat malaysia apabila dikatakan taida sifat kesenian..
kerana penapis itu yang menghentikan sifat kesenian itu..
renung-renungkan..
:)


sebab kelima pula..

DVD pirate nih kebanyakkannya keluar dahulu daripada DVD original..
contohnya cerita redline...
yang pirate keluar 2007 klau tak silap saya..
yang original DVD punya keluar 2008..
haha..
saya kesian sama kawan saya..
dier bangga kater dier bleh tengok cerita redline sewaktu DVD dier start dijual..
sedangkan saya tengok satu TAHUN lagi awal..



hahaha..
semua yang saya ceritakan tuh ialah kisah benar yang dicedok daripada kotak hitam saya..(memori laa tuh)
tujuan saya letakkan sebab saya sokong pirate ialah kerana saya begitu panas hati sama DVD original saya yang telah rosak walaupun disimpan secara baik..
hati saya sangatlah panas..!!

jikalau apa yang diceritakan diatas nih bertentangan dengan anda semua..
normal arr..
klau sama pon..
normal arr..
klau anda kater anda tak pernah beli DVD lucah pirate..
itulah abnormal..
bagi saya arr..
ahak ahak..

manusia nih kebanyakkannya makin suka mencuba apabila semakin dilarang..
setuju tak..??

p/s:entri ini ditaip dalam tempoh masa 5 hari kerana begitu payah untuk mengumpul memori yang telah kelam..
maafkan saya..



blog/web yang paling banyak dilawati









haha..
saye dah lame tak kasitau aper tujuan saye kat bile beronline kat dunia maya nih..
yela..
kang bile tak ckap..
kater kang menerjah web lucah laks..
abih hancur reputasi sebagai budak suci..
hohoho..
tanpe membuang mase..
meh laa kiter usya blog yang secara randomnya disusun..
saye takde ranking ker aper benda kejadah tuh..
selagi web.blog tuh syok untuk dilawati..
saye tetap lawat..
tahniah ler maner yang selalu mendapat komen saye tuh..
klau selalu dapat tuh..
bermakna saye sudah hafal anda punya blog laa..
hoho..
meh kiter mulakan..


yang nih memang famous arr..
saye suke bace penulisan beliau kerana cara beliau yang santai..
beliau jugak selalu ceritakan pengalaman beliau sewaktu beliau masih lagi menuntut kat universiti kat nagoya..
dan saye first time kenal beliau sewaktu dekat ruangan geng blogger ..
beliau telah memberi link blognya kepada saye dan 
mulai saat itu..
saya dah jadik pengunjung tetap blog dier..
hahaha..
walaupun bukan selalu meniggalkan komen..
tapi saye tak miss blog dier..

lagi blog yang saye suke bace ialah blog jenis penceritaan..
contoh macam blog siri bercakap dengan jin ..
blog nih memang syok arr..
semua koleksi siri bercakap dengan jin abih dier selongkar balik..
saye sewaktu penerbitan dier..
saye masih lagi kecik..
bile dah besar..
bace yang digital punya arr..
baru moden sikit..

web site oh tidak pulak salah satu website paling mudah nak dapat nightmare..
klau nak tengok kepala terpisah badan ker..
nak tengok mayat hancur lebur ker..
semua ader kat situ.
sampai leh buat anda muntah darah ijau..
tapikan..
saye nih suke tengok pix dier tanpa mengira waktu
bile nak mkan baru ckap..
"bodohnya aku tengok gambar mayat sebelom makan"
T_T

sebagai rakyat malaysia yang sayangkan artis kat malaysia nih..
gerenti saye ader sumber bagi nak tau perkembangan artis kat malaysia serta international..
oh artis ialah web yang paling tepat..
nama pon oh artis..
bile masuk sini..
kite boleh melihat segala gelagat artis yang sebelom nih baik di mata..
tapi buruk kat belakang..
contoh artis..??
carik arr sendiri..
malas nak bukak topic..
megumpat nih memang tak pernah abih pon..

sebagai pelajar yang baik..
saye pon kene rajin gakz masuk website yang ader info berilmu..
iaitu wikipedia..
web nih jikalau kita selalu singgah..
makin banyak ilmu yang bakal kita dapat..
dan jikalau cikgu selalu memberi keje sekola yang berkaitan ngan hukum fizik dan
campuran kima semua tuh..
saye search kat sini jer..
sumpah rase nak  give up klau carik
sumber kat perpustakaan sekola.
langsung tak mesra penguna..
walaupon ader wifi..
tapi kami takleh gune..
nak gune pc kat makmal komputer..
jangan harap laa..
internet giler kuasa lembab dier..
last last kene gakz gune pc kat umah..

sebagai seorang remaja yang ikuti perkembangan semase..
facebook merupakan salah satu cara nak connet ngan kekawan..
tapi..
makin lame facebook nih makin pelik..
sampaikan leh jumpa geng pelik pelik..
contoh..
i hate saiful bukhari laa..
i hate police arr..
i hate anwar ibrahim laa
tapi..
klau ader geng saya benci pengawas..
saye laa orang first akan join..
hahaha..
yela..
dulu sewaktu jadik pengawas..
puas kene kutuk dalam geng macam tuh..
skang bile dah resign..
haha..

korang ader twitter..?
saye pon ader..
sebab aper kiter perlukan twitter..
sebab twitter nih lagi mudah nak update status kita dekat myspace dan facebook..
senang kater..
serampang dua mata laa..
klau takde akaun twitter..
meh daftar kat sini..
hahaha
pastu follow arr saye melalui link diatas..

haha..
ini lah senarai top seven web/blog yang paling banyak saya lawati..
kepada yang tidak tercalon..
jangan risau..
selagi blog anda dalam list google reader ngan bookmark saya..
selagi itulah saya akan melawat blog/website anda walaupun tidak menurunkan petanda..
hahaha

p/s:percaya tak klau saya katerkan jikalau kiter wat dajal kat wikipedia mereka boleh kesan dalam tempoh masa 5 minit sahaja..??

p/s/s:klau nak tau aper aper pasal saye..gunekanlah link yang saye sediakan di bahagian headbar tuh yee..
gerenti bleh..
biasa arr..
sayekan friendly..


sekadar update yang tidak bersemangat..

assalamualikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua..

saya sungguh rindu perasaan menjadi penulis di blog sendiri..
yela..
lama mendiamkan diri..
sampaikan orang menjerit dekat shoutbox pon tak berbunyik..
sakit tekak kot mejerit tapi tuan tanah tak blas..
hehehe

sebenarnya my hidden nawaitu for this entri ialah nak bagitau pasal saye tengah sedih nih..
sedih sebab ramai kawan nak pindah ke sekola lain..
skandal saye dah pindah ker teknik taiping..
kawan baik yang saye selalu dajalkan pon pindah..
gerenti dalam ati mereka semua happy sebab jauh dari saye..
hampes sungguh..

dah laa.
kawan yang pergi kita simpan dalam kenangan..
keluarkan bila betemu kembali..
sekarang kawan baru sudah dikumpulkan..
so..
terima sahaja takdir hidup kita yang telah ditentukan..
terima sahaja sahabat yang baru..
itulah mission saya skang..
hohoho..

saya rasa cukuplah sampai disini sahaja..
kerana semua mood untuk mengupdate blog sudahpun terbang tinggi ke awan..


p/s:maaf..saya ini bukannya blogger tegar..saya adalah blogger sampingan sahaja..hanya muncul pada musim yang tertentu sahaja..pada masa tertentu..