Kepayahan aku untuk memujuk ketua kementot yang degil giler..





dear my pren(kesatria dot dot dot)
hari itu sewaktu aku sedang sibuk merehatkan diri di halaman kampung aku yang boleh dikatakan dalam kawasan pemerintahan atok nujum poyo giler kuasa 2 tuh tertiba si atok tuh hantarkan arahan supaya pergi pujuk ketua team kerdil kementot jangan berpiket lagi pasal kenaikan cukai pintu dan tingkap..kalau sorang boleh arr lagi..nih sampai tujuh..telan asap keluar api aku dibuatnya..mentang mentang arr aku nih kesatria gagah berani lagi tak takot nak gagal (exam) maka aku pon bergerak arr jumpa sama itu ketua team kerdil kemetot yang tinggal jauh kat pendalaman rimba bantut..






selepas aku mengharungi perjalanan yang boleh dikatakan agak poyos..aku pon terjumpa arr puak kerdil kemetot yang sedang berpiket..rupa-rupa mereka tengah wat tunjuk perasaan kat dalam rimba di pinggir daerah rimba bantut..aku pon tanpa banyak pe'el trus jumpa ketua mereka..setau aku puak kerdil kemetot nih gilerkan emas..jadik aku kene arr sediakan emas sendiri..atok nujum boleh jer buat derk taknak kasik barang barang yang diperlukan..aiiyaa..orang tua ini memang dah puas idup ker..??


first aku jumpa ketua puak kerdil kemetot yang paling muda sekali..yang muda nih rasanya dalam lingkungan umur moyang aku kot..dalam 100-102 tahun..yang nih mudah jer aku settlekan..aku hanya gunakan emas dan slogan "yang tua dihormati yang muda disayangi" terus dia sayang sama aku sebab aku dah belanja dia emas dan bila aku mintak dia supaya balik ke pangkuan katil dia yang kat rumah tuh..terus dia ajak puak dia balik..dah tinggal lagi 6 puak..tapi yang 6 puak nih aku kene pujuk dalam tempoh 23 minit lagi..sebab apa..??


sebab tenaga aku dah abis untuk pujuk puak kerdil kemetot yang pertama tadi dan mereka buat tunjuk perasaan di tempat yang berbeza..rupa-rupanya mereka membuat tunjuk perasaan di berlainan tempat..kiranya ada tujuh tempat arr(atok nujum memang nak kene nih..!!tak inform awal awal mereka wat tunjuk perasaan di TUJUH tempat)..penat woo nak gerak masuk ke dalam puak kerdil kemetot yang ke dua nih..sebab apa..?sebab puak ini adalah puak kerdil kemetot adalah khas untuk female only..diulangi.."FEMALE ONLY"..dah arr aku dalam kepenatan menuggang kuda sampai berkematu punggung aku dibuatnya..bila sampai jer trus kene baling ngan anak batu..bile aku keluarkan aku punya pedang..baru berenti baling anak batu..pastu aku jumpa ketua puak kerdil kemetot yang khas untuk female tuh..memula dia keras kepala tak berenti tunjuk perasaan pas aku ugut yang aku akan bawak larik semua puaknya untuk dikahwinkan sama atok nujum..baru dia blah..tapi sebelum dia blah..dia mintak banyak gila emas..banyak gak arr emas aku membazir..duit aku tak abih abih mengalir macam sungai congo untuk beli duit emas..ngan air mata aku sekali meleleh dari kolam takungan..ToT


sekarang nih aku stuck kat bahagian nak pujuk ketua kerdil kemetot yang ketiga..tapi tak lepas lepas lagi..ketua puak kerdil kemetot yang ketiga nih rupanya bisu,pekak,buta..extra kudung..lagi payah untuk aku berkomunikasi sama ketua puak nih..pas aku selidik..rupanya dulu dia pergi berperang tapi kene tangkap ngan gorgon mengacau dan gorgon telah membutakan dia..mempekakkan dia..membisukan dia dan mengkudungkan dia..jadik..untuk berkomunikasi ngan dia..aku kene belajar bahasa isyarat yang dicipta khas oleh follower dia..iaitu dengan cara menulis huruf romaji kat dada dia satu persatu..terase gay sungguh sebab bermain jari di dada ketua puak kemetot nih..hohoho..auuwww.back to my kesusahan untuk sembang ngan ketua nih..sampai skang tak lepas..arrrhhh..tensennyaa aku..!!!!dah arr sampai skang(ketika surat ini ditulis) aku punya peratus berjaya stay jer..18 peratus dan tak naik naik..bertambah tambah tension..balik nanti aku nak rompak budak hingusan sampai aku tak larat nak rompak dah..






sekian sahaja pahit mahit plus pahit maung aku yang berada dalam hutan nih..


yang benar..
kesatria kesunyian plus mati akal..
_____________________________________________________________________


itulah surat yang saya dapat dari sahabat saya wahai atok nujum.
atuk nujum tak sedih ke apabila melihat kesusahan yang sahabat saya alami ini untuk melaksanakan perintah atok poyo walaupun agak susah dilaksanakan.?
jadi.
kasilah saya menang pertandingan itu supaya saya leh tolong dia dari segi duit.


p/s:entri sempena pertadingan yang dianjurkan oleh pencipta aplikasi kesatria poyos yang bertapak di facebook iaitu atuk nujum poyos.ada masalah.?


masuklah ke link berikut.


facebook Atok Nujum Poyo giler <<< paling dicadangkan
facebook kesatria poyos <<< tambahan
facebook empayar poyos <<< tambahan

malu bertanya di facebook.?

emailkan sahaja pertanyaan anda di alamat email berikut: peti surat atok.


malu lagi.?
bacalah pasal ini semua di blog atok nujum iaitu :blog empayar poyos


sekian.

aku kenal,aku cinta sama alam maya.!

haha.
bila kita teringat kembali zaman kita mengenali internet.
mesti ada pelbagai kenangan.
tak kisahlah kenangan pahit,payau,tawar ataupun manis.
takpa.
biar saya ceritakan bagaimana saya mengenali internet sampailah waktu ini.
hoho

tahun:2007
tempoh:sepanjang tahun

saya start mengenali dunia internet ini pada tahun 2007.
iaitu semasa saya berada di tingkatan satu.
waktu tuh saya berada di sekolah yang mengamalkan 2 sesi dalam satu hari.
jadi saya dalam sesi yang kedua.
iaitu persekolahan pada sesi petang.
untuk menghabiskan waktu pada waktu pagi.
saya selalunya akan 'menziarahi' rumah kawan yang bernama A(bukan nama sebenar) untuk siapkan kerja sekolah.
tapi tak buat pun.
ramai ramai datang ke rumah kawan yang digelar A untuk melihat laman web lucah.
adalah dekat 20 orang kumpul di rumah A.
dan pada tahun itu.
dapatlah encik A gelaran pemilik lubuk web lucah.
boleh dikatakan setiap hari kami lepak di rumah beliau untuk menonton video lucah
selepas itu semasa disekolah.
ceritalah pasal kami pernah tengok video lucah dekat budak perempuan
dengan harapan supaya budak perempuan dah tahu yang kami semua sudah dewasa.
bodoh gila bila difikirkan kembali.
malu...!!!
+.+"

tahun:2008
tempoh:bulan satu hingga bulan tiga

saya pindah sekolah pula ke SMKTHO di pulau pinang.
waktu inilah zaman internet bersama saya sangatlah gemilang.
kerana papa telahpun membuka akaun streamyx di rumah lama di pulau pinang.
habis saja segala benda yang perlu dipasangkan pada pc.
maka papa pun tunjukkan lah cara nak online.
berebut rebut kami adik beradik macam berebut harta pusaka.
bila dah dapat.
masing masing mati kutu tak tahu nak buat apa.
nak buka laman web lucah memang naya lah.
last last bukalah yahoo homepage.
habis buka yahoo homepage buka pula forex.
haha.
jangan ingat kerana pada waktu itu saya masih lagi mentah.
maka saya tidak pandai untuk membuka akaun forex papa dengan mama.
malah oranglah yang tukang tengok pegerakkan turun naik graf.
selepas mendapat sedikit keberanian.
barulah layan games flash yang ada di laman web.
senang cerita semua games kanak kanak riang punya arr..
T_T

tahun:2008
tempoh:bulan empat hingga sebelas
waktu ini saya dah mula mengenali jaringan sosial(baca:social networking).
jadi saya pun mulalah membuka akaun di jaringan sosial.
akaun pertama sekali yang saya buka ialah akaun di friendster.
dari situlah saya temui ramai kawan.
tapi kebanyakkannya berasal dari filipina.
jadi kami hanya kawan atas dasar yang tidak jelas.
iaitu dasar yang ingin melihat penambahan angka di jumlah kawan.
sungguh meyedihkan.

selepas itu saya mula mengenali pula myspace.
minat saya pada myspace hanya tahan beberapa bulan sahaja.
tiada pengalaman yang boleh diceritakan dengan myspace.
dan boleh dikatakan myspace seumpama rumah persinggahan yang terletak jauh di hutan.
faham maksud saya.?
hoho

yang paling lama jaringan sosial bertahta di hati saya tentulah mukabuku(baca:facebook).
facebook telah menjadi suatu fenomena di negara-negara besar.
dan di malaysia juga.
dan pernah suatu ketika dahulu wujud isu pasal halal-haram pengunaan facebook.
dan sekarang tup-tup senyap dah.
dan dengar cerita pengunaan facebook adalah harus dan boleh jatuh hukum haram.
dengar ceritalah...

tahun:2009
tempoh:sepanjang tahun
tahun ini sepatutnya orang berhenti rehat daripada pengunaan internet.
tapi.
dah terkena peyakit ketagihan internet.
maka hasrat untuk berhenti daripada pengunaan internet seratus peratus tidak tercapai.
tetapi.
semangat yang membara untuk melayari tidaklah sama seperti tahun pertama dapat melayari internet.
sama seperti pengalaman pertama mengunakan telefon genggam berjenama nokia 3310 dengam pengalaman pengunaan telefon genggam berjenama nokia N98.
walaupun jenama yang sama tetapi perasaan pengunaannya mesti berlainan.
tahun ini juga saya mencuba membuat blog.
dan satu benda yang agak memalukan kaum bloggers apabila saya hendak meletakkan gambar di dalam post tetapi saya tidak tahu dan akhirnya saya hanya copy image sahaja.
bila setakat copy image sahaja,sah-sah tiada image yang akan keluar.
dan kerana hal yang agak menjengkelkan itu.
saya terus tutup blog tersebut.
hoho

jadi itu sahajalah kenangan saya bersama internet.
nak cerita lebih lebih.
kang jadi entri menipu lak.
dan kesemua kisah diatas ini adalah kisah yang benar benar berlaku.
adoiyai.

p/s:saya dapat merasakan semangat menulis saya makin malap apabila tiba waktu yang sungguh sibuk.dengan exam nya,kerja rumah,kerja sekolah,kerja itu,kerja ini.senang cerita.selagi tak berdengkur.selagi itulah kejeee aja..T_T

p/s/s:ini merupakan kali pertama saya menulis entri dengan mengunakan bahasa baku yang boleh dikatakan mencecah 95 peratus.kenapa bukan 100 peratus.?itu saya tak dapat bagikan jawapan.cubalah berfikir sebelum otak anda mulai ditumbuhi peyakit otak berkarat..hehehe