aku kenal,aku cinta sama alam maya.!

haha.
bila kita teringat kembali zaman kita mengenali internet.
mesti ada pelbagai kenangan.
tak kisahlah kenangan pahit,payau,tawar ataupun manis.
takpa.
biar saya ceritakan bagaimana saya mengenali internet sampailah waktu ini.
hoho

tahun:2007
tempoh:sepanjang tahun

saya start mengenali dunia internet ini pada tahun 2007.
iaitu semasa saya berada di tingkatan satu.
waktu tuh saya berada di sekolah yang mengamalkan 2 sesi dalam satu hari.
jadi saya dalam sesi yang kedua.
iaitu persekolahan pada sesi petang.
untuk menghabiskan waktu pada waktu pagi.
saya selalunya akan 'menziarahi' rumah kawan yang bernama A(bukan nama sebenar) untuk siapkan kerja sekolah.
tapi tak buat pun.
ramai ramai datang ke rumah kawan yang digelar A untuk melihat laman web lucah.
adalah dekat 20 orang kumpul di rumah A.
dan pada tahun itu.
dapatlah encik A gelaran pemilik lubuk web lucah.
boleh dikatakan setiap hari kami lepak di rumah beliau untuk menonton video lucah
selepas itu semasa disekolah.
ceritalah pasal kami pernah tengok video lucah dekat budak perempuan
dengan harapan supaya budak perempuan dah tahu yang kami semua sudah dewasa.
bodoh gila bila difikirkan kembali.
malu...!!!
+.+"

tahun:2008
tempoh:bulan satu hingga bulan tiga

saya pindah sekolah pula ke SMKTHO di pulau pinang.
waktu inilah zaman internet bersama saya sangatlah gemilang.
kerana papa telahpun membuka akaun streamyx di rumah lama di pulau pinang.
habis saja segala benda yang perlu dipasangkan pada pc.
maka papa pun tunjukkan lah cara nak online.
berebut rebut kami adik beradik macam berebut harta pusaka.
bila dah dapat.
masing masing mati kutu tak tahu nak buat apa.
nak buka laman web lucah memang naya lah.
last last bukalah yahoo homepage.
habis buka yahoo homepage buka pula forex.
haha.
jangan ingat kerana pada waktu itu saya masih lagi mentah.
maka saya tidak pandai untuk membuka akaun forex papa dengan mama.
malah oranglah yang tukang tengok pegerakkan turun naik graf.
selepas mendapat sedikit keberanian.
barulah layan games flash yang ada di laman web.
senang cerita semua games kanak kanak riang punya arr..
T_T

tahun:2008
tempoh:bulan empat hingga sebelas
waktu ini saya dah mula mengenali jaringan sosial(baca:social networking).
jadi saya pun mulalah membuka akaun di jaringan sosial.
akaun pertama sekali yang saya buka ialah akaun di friendster.
dari situlah saya temui ramai kawan.
tapi kebanyakkannya berasal dari filipina.
jadi kami hanya kawan atas dasar yang tidak jelas.
iaitu dasar yang ingin melihat penambahan angka di jumlah kawan.
sungguh meyedihkan.

selepas itu saya mula mengenali pula myspace.
minat saya pada myspace hanya tahan beberapa bulan sahaja.
tiada pengalaman yang boleh diceritakan dengan myspace.
dan boleh dikatakan myspace seumpama rumah persinggahan yang terletak jauh di hutan.
faham maksud saya.?
hoho

yang paling lama jaringan sosial bertahta di hati saya tentulah mukabuku(baca:facebook).
facebook telah menjadi suatu fenomena di negara-negara besar.
dan di malaysia juga.
dan pernah suatu ketika dahulu wujud isu pasal halal-haram pengunaan facebook.
dan sekarang tup-tup senyap dah.
dan dengar cerita pengunaan facebook adalah harus dan boleh jatuh hukum haram.
dengar ceritalah...

tahun:2009
tempoh:sepanjang tahun
tahun ini sepatutnya orang berhenti rehat daripada pengunaan internet.
tapi.
dah terkena peyakit ketagihan internet.
maka hasrat untuk berhenti daripada pengunaan internet seratus peratus tidak tercapai.
tetapi.
semangat yang membara untuk melayari tidaklah sama seperti tahun pertama dapat melayari internet.
sama seperti pengalaman pertama mengunakan telefon genggam berjenama nokia 3310 dengam pengalaman pengunaan telefon genggam berjenama nokia N98.
walaupun jenama yang sama tetapi perasaan pengunaannya mesti berlainan.
tahun ini juga saya mencuba membuat blog.
dan satu benda yang agak memalukan kaum bloggers apabila saya hendak meletakkan gambar di dalam post tetapi saya tidak tahu dan akhirnya saya hanya copy image sahaja.
bila setakat copy image sahaja,sah-sah tiada image yang akan keluar.
dan kerana hal yang agak menjengkelkan itu.
saya terus tutup blog tersebut.
hoho

jadi itu sahajalah kenangan saya bersama internet.
nak cerita lebih lebih.
kang jadi entri menipu lak.
dan kesemua kisah diatas ini adalah kisah yang benar benar berlaku.
adoiyai.

p/s:saya dapat merasakan semangat menulis saya makin malap apabila tiba waktu yang sungguh sibuk.dengan exam nya,kerja rumah,kerja sekolah,kerja itu,kerja ini.senang cerita.selagi tak berdengkur.selagi itulah kejeee aja..T_T

p/s/s:ini merupakan kali pertama saya menulis entri dengan mengunakan bahasa baku yang boleh dikatakan mencecah 95 peratus.kenapa bukan 100 peratus.?itu saya tak dapat bagikan jawapan.cubalah berfikir sebelum otak anda mulai ditumbuhi peyakit otak berkarat..hehehe
blog comments powered by Disqus